Prinsip-Prinsip Perundangan Islam: Konsep Dan Aplikasinya Dalam Pentadbiran Pandemik Covid-19 Di Malaysia

Authors

  • Masyitah binti Mohd Zainon Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Malaysia (UniSHAMS)
  • Ahmad Hussein Abdulshakoor Siraji Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Malaysia (UniSHAMS)
  • Mohamed Fathy Mohamed Eletrebi Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Malaysia (UniSHAMS)

DOI:

https://doi.org/10.46722/hikmah.v4i4.184

Keywords:

Sadd Al-Dharā`I’, IbṭāL Al-Ḥiyal, Al-IstiḥsāN, Al-In’iṭāF Wa Al-Inkisyāf, Covid-19

Abstract

Abstrak

Prinsip-prinsip perundangan Islam merupakan di antara faktor yang menyumbang kepada pencapaian Maqasid Syariah. Ia berkesan merealisasikan Islam sebagai satu sistem kehidupan yang unggul dan sempurna. Hal ini kerana setiap peraturan undang-undang yang digubal bukan sahaja berasaskan jaminan kemaslahatan, bahkan juga penolakan mafsadah daripada masyarakat. Ketika situasi negara Malaysia adalah membimbangkan ekoran pandemik Covid-19, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif dan tindakan dalam usaha memutuskan rantaian wabak. Dalam kajian ini, terdapat lima pentadbiran pandemik pada tahun 2020 telah dianalisis menggunakan prinsip-prinsip perundangan Islam. Data-data dari (Kementerian Kesihatan Malaysia), (Majlis Keselamatan Negara), (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia), (Kementerian Pendidikan Malaysia) dan (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia) telah dihimpun secara induktif serta dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia telah pun menerapkan dengan baik prinsip-prinsip perundangan Islam sekaligus mencapai maqasid syariah yang paling utama. Kajian lanjutan perlu dilaksanakan bagi menyatukan sokongan masyarakat terhadap agenda perlindungan keselamatan rakyat dan negara. Kata kunci: Solat, Pesakit, Pembangunan Digital, Kajian dan Malaysia.

 

Downloads

Published

2021-12-29

How to Cite

Masyitah binti Mohd Zainon, Ahmad Hussein Abdulshakoor Siraji, & Mohamed Fathy Mohamed Eletrebi. (2021). Prinsip-Prinsip Perundangan Islam: Konsep Dan Aplikasinya Dalam Pentadbiran Pandemik Covid-19 Di Malaysia. AL-HIKMAH: INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC STUDIES AND HUMAN SCIENCES, 4(4), 22–43. https://doi.org/10.46722/hikmah.v4i4.184

Issue

Section

Articles