PERBANDINGAN ISLAM DAN IDEOLOGI DEMOKRASI BARAT ANTARA KETUANAN SYARAK DAN KEBEBASAN BERFIKIR
DOI:
https://doi.org/10.46722/hikmah.v1i1.3Abstract
Islam semakin hari semakin terancam dari pelbagai sudut, terutama dari sudut idelogi. Pelbagai wasilah telah dicipta oleh barat untuk menghakis kefahaman Islam antaranya ialah liberalisasi. Manakala demokrasi pula adalah sayap bagi liberal dalam dunia politik (keduaduanya berakarkan ateisime)1. Oleh yang demikian, kajian ke atas pemikiran-pemikiran ini secara mendalam amatlah perlu dititikberatkan supaya umat Islam tidak terus tertipu dengan jarum-jarum halus yang ingin dicucuk masuk ke dalam fikiran umat Islam secara tidak sedar. Pengkaji melihat pemikiran-pemikiran ini adalah suatu yang bahaya ke atas agama Islam kerana akan menghakis dan mewujudkan salah faham terhadap agama Islam.