Khusyuk Dalam Solat: Analisis Perbandingan Makna Khusyuk Diantara Tafsir Al-Jalalayn Dan Tafsir Melayu Nusantara

Authors

  • Aminudin Bin Basir Ahmad
  • Mohamad Sabri Haron
  • Khairul Anwar Johari Mastor

DOI:

https://doi.org/10.46722/hikmah.v3i4.77

Keywords:

Khusyuk, al-Jalalayn, Tafsir Nusantara, kamus bahasa Arab, khudu’ dan tawadu’

Abstract

Khusyuk adalah salah satu sifat penting yang dijelaskan oleh alQuran dan al-Sunnah dengan pengertian yang sangat luas dan mendalam. Bagi orang yang beriman, khusyuk adalah salah satu sifat yang perlu ada pada dirinya kerana sifat ini dapat membawa kejayaan dan kecemerlangan dalam hidupnya. Pada hakikatnya khusyuk mempunyai pengertian yang sangat luas serta berkait dengan hampir keseluruhan hidup manusia. Justeru apakah pengertian khusyuk yang sebenarnya. Apakah maksud khusyuk menurut pengertian yang dijelaskan dari sudut bahasa Arab? Apakah pula pengertian khusyuk yang dikupas dan yang ditafsirkan di dalam al-Quran?Lantaran itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui dan meninjau dengan mendalam pengertian khusyuk dari kupasan dan huraian bahasa Arab. Kajian ini juga adalah untuk meneroka dan menganalisis penggunaan dan makna khusyuk yang terdapat dalam alQuran. Bagi mencapai objektif ini maka metod kajian kualitatif digunakan, iaitu analisis dokumen. Analisis dokumen dilakukan dengan menggunakan dua jenis dokumen, iaitu primer dan sekunder. Dokumen primer dirujuk pada empat kitab tafsir berbahasa Arab. Sementara dokumen sekunder diperolehi daripada mucjam dan kamus bahasa Arab yang pelbagai serta laman sesawang yang berwibawa. Hasil kajian mendapati bahawa khusyuk yang berasal daripada akar kata kha-sha-‘a dalam sembilan kamus bahasa Arab mempunyai 11 makna. Bahkan hampir semua
sepakat menyamakannya dengan khudu’ dan membezakannya pada hati. Dalam al-Quran didapati ia disebut sebanyak 17 kali dalam 16 surah yang berbeza dan mempunyai pengertian yang luas. Para pentafsir mentafsirkan perkataan khusyuk ini sesuai dengan penggunaan perkataan khusyuk tersebut. Namun begitu, secara amnya semua pentafsir mentafsirkan perkataan khusyuk dengan khuduc dan tawadu’ serta perkataan-perkataan yang sama maksud dengannya sesuai dengan konteks ayat tersebut. Implikasi dari pengertian khusyuk menurut alQuran dan al-hadith ini adalah sangat besar, khasnya dari sudut pemahaman kepada masyarakat. Dapatan ini dilihat dapat memberi sumbangan baru bagi memahami pengertian khusyuk yang sebenar.

Downloads

Published

2020-10-10

How to Cite

Aminudin Bin Basir Ahmad, Mohamad Sabri Haron, & Khairul Anwar Johari Mastor. (2020). Khusyuk Dalam Solat: Analisis Perbandingan Makna Khusyuk Diantara Tafsir Al-Jalalayn Dan Tafsir Melayu Nusantara. AL-HIKMAH: INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC STUDIES AND HUMAN SCIENCES, 3(4), 210–229. https://doi.org/10.46722/hikmah.v3i4.77

Issue

Section

Articles